Showing posts with label G24. Show all posts
Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak Daerah Gombak: Kecemerlangan 8 Calon dari Sekolah Kebangsaan Taman Selasih
Pada 13 Januari 2024, satu lagi episod kecemerlangan telah direkodkan di dalam dunia pengakap kanak-kanak Daerah Gombak. Majlis penganugerahan prestij Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak telah diadakan dengan penuh kehangatan di Templer Park Internasional School Rawang.
Antara sekolah yang mengukir nama dalam sejarah pengakap kanak-kanak adalah Sekolah Kebangsaan Taman Selasih. Seramai 8 orang calon daripada sekolah tersebut telah menampilkan kebolehan dan semangat kepemimpinan yang luar biasa. Prestasi mereka bukan sekadar mencerminkan kecekalan fizikal, tetapi juga nilai-nilai murni pengakap yang dijunjung tinggi.
Satu lagi aspek yang menjadi kebanggaan adalah peranan Templer Park Internasional School Rawang sebagai tuan rumah majlis penganugerahan. Lokasi yang indah ini telah menyediakan latar belakang yang sesuai untuk meraikan kejayaan anak-anak muda yang bersemangat dalam dunia pengakap.
Tahniah kepada kesemua 8 calon dari Sekolah Kebangsaan Taman Selasih yang telah menunjukkan dedikasi dan usaha yang luar biasa. Kejayaan mereka tidak hanya menjadi pencapaian peribadi, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan Sekolah Kebangsaan Taman Selasih sebagai pusat pembangunan potensi pelajar.
Sambutan penuh sorak dan tepukan gemuruh sememangnya menjadi wajar untuk semua calon. Semangat persaudaraan dan semangat kepengakapan yang dibawa oleh mereka adalah sesuatu yang tidak dapat dipandang rendah.
Saya, sebagai pemerhati dari jauh, ingin menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon terutamanya kepada Akela, barisan penolong pemimpin dan semua yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi mercu tanda ke arah pemimpin muda yang berkualiti dan berdaya saing. Teruskan berusaha, teruskan mengukir sejarah, dan teruskan menjadi inspirasi untuk generasi akan datang.
Perjumpaan Pek kali ke-2 2020
Setelah hampir sebulan perjumpaan pek tidak dapat dilakukan kerana kekangan waktu,penangguhan perjumpaan oleh pihak sekolah dan sebagainya, semalam 12hb feb telah berjaya diadakan perjumpaan pek.
Untuk perjumpaan kali ini, saya membahagikan kumpulan sekawan untuk PKK bermula dengan sekawan biru,merah,hijau,kuning,ungu dan perang. terdapat 6 sekawan yang setiap sekawan mempunyai purata 26-27 orang ahli.
Kami melantik PKK yang sudah mempunyai lencana tertinggi iaitu lencana keris perak untuk menjadi Ketua sekawan dan dibantu oleh PKK perempuan sebagai penolong ketua sekawan.
saya berharap pendedahan sebegini dapat mematangkan dan memberi pengalaman yang baik untuk PKK G24 dalam siri pentarbiyahan menjadi seorang pemimpin yang baik,amanah dan bertanggungjawab. Dalam masa yang sama terus meningkatkan kemahiran dan kemampuan diri dari aspek ilmu,syakhsiah dan rohani.
Perjumpaan Pek yang hanya diberikan ruang selama 1 jam untuk setiap perjumpaan sangat singkat dan tidak mencukupi untuk anak-anak PKK mendapatkan ilmu kepengakapan, in syaa'Allah kami guru-guru PKK dalam perancangan untuk mengadakan kursus/perjumpaan intensif bagi memastikan anak-anak PKK selari dengan Skim latihan dan mampu menyaingi PKK-PKK dari sekolah lain.
"buat habis baik"
Akela G24
13 Februari 2020
![]() |
| penerangan kelebihan dan peranan seorang ketua sekawan |
Perkhemahan 3 hari 2 malam ini yang diadakan pada 18-20 Oktober 2019 bertempat di Kem Mutiara Training Village & Eco Resort, Semenyih. Banyak ilmu yang diperolehi oleh anak-anak scout antaranya berkaitan kod morse, phonetic alphabet,animal trap,leave no trace, Arduino,HF Radio dan sebagainya.
![]() |
| siap sedia untuk menjalani aktiviti station Jota Joti |
Ilmu-ilmu yang didapati dalam kem ini sememangnya tiada di dalam pembelajaran bilik darjah. ilmu ini bukan sebarangan ilmu kerana ianya sangat bermanfaat ketika mana perhubungan dunia terbatas dek peperangan,bencana dan sebagainya..
Justeru itu,alat2 komunikasi inilah yang akan digunakan sebagai alat perhubungan. walaupun jika dikira, tempoh pembelajaran yang singkat belum menjamin mereka menguasai ilmu2 ini,pun begitu ini adalah sebagai langkah permulaan bagi mereka. minda mereka akan terbuka dan menambahkan minat yang mendalam dalam diri mereka.
![]() |
| HF Radio |
Alhamdulillah, perkhemahan kali ini berjalan lancar, cuma sedikit ujian faktor cuaca yang sedikit mencabar untuk anak-anak G24. cuaca hujan menyebabkan khemah dan kawasan sekitar sedikit becak..namun semua itu Berjaya diatasi dengan baik oleh anak-anak scout G24. Tahniah dan Syabas saya ucapkan.
sedikit perkongsian gambar-gambar sekitar aktiviti JOTA JOTI Selangor 2019 :
![]() |
| sesi riadah pagi hari kedua |
![]() |
| Makanan best2... |
![]() |
| operasi mencari MH370...yakkk... |
![]() |
| belajar kod morse |
![]() |
| Aktiviti Scout Link Bersama negara luar |
![]() |
| JOTI Bersama scout dari Negara Jepun |
![]() |
| Animal Trap |
![]() |
| MicroBit-belajar programing |
![]() |
| Sesi kerohanian |
![]() |
| si si nopal sedang sarapan-hari ketiga |
![]() |
| Bersama orang-orang besar PPM negeri Selangor |
![]() |
| Alhamdulillah..dah dapat sijil...jom balikkkk |



































