Archive for March 2025



Alhamdulillah, satu lagi program penuh bermakna berjaya dilaksanakan – Majlis Khatam Al-Quran Pasukan Badan Beruniform Daerah Marang, anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Marang. Dapat pula tugasan membaca doa pembukaan majlis, satu penghormatan yang cukup istimewa.



Program Yang Cemerlang, Tapi...

Tidak dapat dinafikan, majlis ini merupakan satu penganjuran yang sangat baik. Ia bukan sahaja mengangkat semangat kecintaan terhadap Al-Quran, tetapi juga mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan peserta. Melihat anak-anak PKK Kumpulan 19 bersemangat dalam majlis ini memang menyuntik rasa bangga. Tahniah kepada semua!

Namun, seperti biasa, mana-mana program pasti ada ruang untuk penambahbaikan. Beberapa aspek teknikal mungkin boleh diperhalusi agar majlis akan datang berjalan lebih lancar dan sempurna. Pengalaman dalam AYU (Akademi Youtuber) sememangnya banyak membantu, terutama dalam menguruskan bahagian teknikal bagi program ‘hybrid’ seperti ini. Teknologi boleh jadi penyelamat, tapi kalau tak dikendalikan dengan baik, boleh jadi ‘bencana’ juga! 😅






Tenang is Good, Jangan Gelabah!

Satu perkara yang penting bila mengendalikan sesuatu program: jangan gelabah! Apa pun yang berlaku, sentiasa tenang dan berfikir dengan rasional. Bila ada masalah teknikal, tarik nafas, fikir solusi, dan teruskan dengan penuh yakin.

Akhir kata, syabas kepada semua yang terlibat. Semoga penganjuran seperti ini dapat diteruskan dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Yang penting, semangat dan niat tetap terjaga. Terus maju jaya buat semua anak-anak PKK Kumpulan 19 dan rakan-rakan pengakap di daerah Marang! 🎉👏

Jom layan gambar-gambar sekitar majlis...layanzzz


















Assalamualaikum dan salam pengakap!

Alhamdulillah, tahniah dan syabas buat semua Pengakap Kanak-Kanak(PKK) Kumpulan 19 SK Bukit Sawa yang telah menyertai Kuiz Ihya' Ramadan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di bawah kelolaan Unit Pembangunan Bakat Murid.

Semoga aktiviti ini dapat membantu meningkatkan markah PAJSK PKK yang menyertainya. Semoga terus bergiat aktif dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan diri anda.

"Buat Habis Baik!" 



ASAS IKATAN

Welcome to My Blog

C-FU SYAMZ CHANNEL

SUBS | LIKE | SHARE

SUBS | LIKE | SHARE

Popular Post

- Copyright © Diari Akela -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -