Showing posts with label Perjumpaan Pek. Show all posts
Assalamualaikum dan salam pengakap!
Alhamdulillah, tahniah dan syabas buat semua Pengakap Kanak-Kanak(PKK) Kumpulan 19 SK Bukit Sawa yang telah menyertai Kuiz Ihya' Ramadan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di bawah kelolaan Unit Pembangunan Bakat Murid.
Semoga aktiviti ini dapat membantu meningkatkan markah PAJSK PKK yang menyertainya. Semoga terus bergiat aktif dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan diri anda.
"Buat Habis Baik!"
PERJUMPAAN PEK G60 | 28 JULAI 2021 | ISTIADAT LAUNG AGUNG
Sunday, August 1, 2021
Posted by Yu. Syamz
Tag :
Perjumpaan Pek,
skim lencana
Alhamdulillah..perjumpaan pek kali ini berjalan lancar dan mendapat komitmen padu daripada ahli PKK G60 SK Taman Selasih.
Perjumpaan kali ini memfokuskan Istiadat Laung Agung, iaitu yang berkaitan pengenalan,tujuan dan cara pelaksanaannya. Walaupun penerangan secara atas talian dan berbentuk gambar rajah,di harapkan semua PKK dapat memahami dan faham cara pelaksanaan Istiadat Laung Agung ini.
terima kasih atas kerjasama semua.
"Buat Habis Baik"
Akela
G60
Perjumpaan Pek kali ke-2 2020
Thursday, February 13, 2020
Posted by Yu. Syamz
Tag :
G24,
Perjumpaan Pek
Setelah hampir sebulan perjumpaan pek tidak dapat dilakukan kerana kekangan waktu,penangguhan perjumpaan oleh pihak sekolah dan sebagainya, semalam 12hb feb telah berjaya diadakan perjumpaan pek.
Untuk perjumpaan kali ini, saya membahagikan kumpulan sekawan untuk PKK bermula dengan sekawan biru,merah,hijau,kuning,ungu dan perang. terdapat 6 sekawan yang setiap sekawan mempunyai purata 26-27 orang ahli.
Kami melantik PKK yang sudah mempunyai lencana tertinggi iaitu lencana keris perak untuk menjadi Ketua sekawan dan dibantu oleh PKK perempuan sebagai penolong ketua sekawan.
saya berharap pendedahan sebegini dapat mematangkan dan memberi pengalaman yang baik untuk PKK G24 dalam siri pentarbiyahan menjadi seorang pemimpin yang baik,amanah dan bertanggungjawab. Dalam masa yang sama terus meningkatkan kemahiran dan kemampuan diri dari aspek ilmu,syakhsiah dan rohani.
Perjumpaan Pek yang hanya diberikan ruang selama 1 jam untuk setiap perjumpaan sangat singkat dan tidak mencukupi untuk anak-anak PKK mendapatkan ilmu kepengakapan, in syaa'Allah kami guru-guru PKK dalam perancangan untuk mengadakan kursus/perjumpaan intensif bagi memastikan anak-anak PKK selari dengan Skim latihan dan mampu menyaingi PKK-PKK dari sekolah lain.
"buat habis baik"
Akela G24
13 Februari 2020
Gambar sekitar perjumpaan pek 12/2/2020
![]() |
penerangan kelebihan dan peranan seorang ketua sekawan |