Posted by : Yu. Syamz Monday, October 21, 2019

Assalamualaikum dan salam pengakap!


Alhamdulillah, satu pengalaman baharu untuk anak2 PKK G24 apabila mengikuti perkhemahan radio komunikasi Negeri Selangor sempena Jamboree On The Air(JOTA) dan Jamboree On The Internet(JOTI) Antarabangsa 2019.

Perkhemahan 3 hari 2 malam ini yang diadakan pada 18-20 Oktober 2019 bertempat di Kem Mutiara Training Village & Eco Resort, Semenyih. Banyak ilmu yang diperolehi oleh anak-anak scout antaranya berkaitan kod morse, phonetic alphabet,animal trap,leave no trace, Arduino,HF Radio dan sebagainya.

siap sedia untuk menjalani aktiviti station Jota Joti

Ilmu-ilmu yang didapati dalam kem ini sememangnya tiada di dalam pembelajaran bilik darjah. ilmu ini bukan sebarangan ilmu kerana ianya sangat bermanfaat ketika mana perhubungan dunia terbatas dek peperangan,bencana dan sebagainya..

Justeru itu,alat2 komunikasi inilah yang akan digunakan sebagai alat perhubungan. walaupun jika dikira, tempoh pembelajaran yang singkat belum menjamin mereka menguasai ilmu2 ini,pun begitu ini adalah sebagai langkah permulaan bagi mereka. minda mereka akan terbuka dan menambahkan minat yang mendalam dalam diri mereka.

HF Radio


Alhamdulillah, perkhemahan kali ini berjalan lancar, cuma sedikit ujian faktor cuaca yang sedikit mencabar untuk anak-anak G24. cuaca hujan menyebabkan khemah dan kawasan sekitar sedikit becak..namun semua itu Berjaya diatasi dengan baik oleh anak-anak scout G24. Tahniah dan Syabas saya ucapkan.



sedikit perkongsian gambar-gambar sekitar aktiviti JOTA JOTI Selangor 2019 :

sesi riadah pagi hari kedua


Makanan best2...


operasi mencari MH370...yakkk...

belajar kod morse

Aktiviti Scout Link Bersama negara luar

JOTI Bersama scout dari Negara Jepun

Animal Trap



MicroBit-belajar programing

Sesi kerohanian

si si nopal sedang sarapan-hari ketiga


Bersama orang-orang besar PPM negeri Selangor


Alhamdulillah..dah dapat sijil...jom balikkkk

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

ASAS IKATAN

Welcome to My Blog

C-FU SYAMZ CHANNEL

SUBS | LIKE | SHARE

SUBS | LIKE | SHARE

Popular Post

- Copyright © Diari Akela -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -