Archive for July 2020

C-FU SYAMZ CHANNEL

Thursday, July 9, 2020
Posted by Yu. Syamz
Assalamualaikum dan salam pengakap!




Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah Taala atas kurniaan dan nikmat yang tidak terhingga. Kita semua berada dalam musim wabak covid-19 yang telah menjangkiti ramai rakyat Malaysia,namun KITA semua telah bersama-sama memutuskan rangkaian covid-19 ini dan sekarang kita dalam fasa PKPP(Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang mana kita hampir menang dalam memerangi wabak ini. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada semua frontliner,abam doktor,akak nurse, abam polis,abam askar,dan lain-lain frontliner yang terlibat secara langsung atau tidak dalam bersama-sama membanteras wabak penyakit ini. #KITAJAGAKITA

Alhamdulillah,hikmah PKP ini, akela telah mengikuti beberapa siri pembelajaran digital learning yang dianjurkan oleh eDIDIK Malaysia. Banyak ilmu yang telah diterima daripada team eDIDIK ini..antara yang terkini akela ikuti adalah akademi Youtuber Guru yang merupakan didikan secara langsung kepada semua guru di Malaysia agar dapat menggunakan medium Youtube sebagai medium penyebaran ilmu dan maklumat.

Akela juga tidak terlepas menyertai akedemi ini dan telah berjaya membangunkan channel sendiri yang diberi nama C-FU SYAMZ CHANNEL . Antara tugasan yang paling susah adalah membuat kempen dan mencari subscriber seramai 200 orang...Fuh,boleh tahanlah..

Jadi akela di sini ingin mengajak pembaca semua untuk sama-sama tonton video Trailer C-FU SYAMZ CHANNEL dan selepas habis tontonan harap kalian dapat bantu akela untuk LIKE, SUBSCRIBE & SHARE channel ini kerana antara content yang akela akan masukkan ialah berkaitan ilmu-ilmu kepengakapan.. terima kasih ya!

Layanzzz....---->

ASAS IKATAN

Welcome to My Blog

C-FU SYAMZ CHANNEL

SUBS | LIKE | SHARE

SUBS | LIKE | SHARE

Popular Post

- Copyright © Diari Akela -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -