Archive for May 2021

  


Matapelajaran : Bahasa Arab

Kelas : 5 Setia | 5 Amanah | 5 Ikhlas

Masa : 09.30- 10.30 Pagi

Pelantar : Google Meet

Link kehadiran : (Klik Sini)


Tahniah dan syabas buat semua anak-anak yang telah mengikut kelas secara atas talian hari ini, bagi yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama pada pagi tadi boleh menonton rakaman pembelajaran hari ini di bawah.



Setelah menonton, anda boleh menyalin dialog dalam buku teks pada muka surat 42. sila hantar latihan di dalam group telegram Bahasa Arab. 

Terima kasih atas kerjasama semua.

 


Matapelajaran : Bahasa Arab

Kelas : 1 Harmoni | 1 Lestari | 1 Sabar

Masa : 10.45- 11.45 Pagi

Pelantar : Google Meet

Link kehadiran : (Klik Sini)


Tahniah dan syabas buat semua anak-anak yang telah mengikut kelas secara atas talian hari ini, bagi yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama pada pagi tadi boleh menonton rakaman pembelajaran hari ini di bawah.



Setelah menonton, anda boleh menjawab latihan dalam buku aktiviti pada muka surat 9. sila hantar latihan di dalam group telegram Bahasa Arab. 

Terima kasih atas kerjasama semua.

Logo AULA berputar - Free Download

Saturday, May 22, 2021
Posted by Yu. Syamz

 Assalamualaikum dan Salam AYU!


Logo AULA (Ana Utuber Lughatul Arabiyyah) telah dibina dan dihasilkan oleh salah seorang Ahli AULA sendiri iaitu Muallim Sunan. Sekalung penghargaan dan pujian diberikan atas penghasilan Logo yang super ohsem ini!!!..logo ini telah menghiasi poster AULA yang terkini,juga hasil air tangan Muallim Sunan!


Logo AULA yang telah siap dihasilkan telah diolah menjadi 3D dan berputar(rotate) oleh CfuSyamz dengan menggunakan perisian  After Effect, walaupun tidaklah begitu mahir, tapi...bolehlah sekadar asas-asas sambil menonton video tutorial dari Youtube😆


Sebagai perkongsian bersama rakan-rakan AULA,anda boleh muat turun fail LOGO BERPUTAR itu di bawah ini. Semoga bermanfaat...

<<<<<< SILA KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD>>>>>>

Terima kasih

Istiadat Pengalungan Manikayu 2 Butir | #cfusyamz

Monday, May 17, 2021
Posted by Yu. Syamz

 Video kenang-kenangan sempena majlis istiadat pengalungan manikayu 2 butir.

Tarikh : 5 September 2020 Tempat : Kem Mutiara Village dan Eco Resort, Semenyih Masa : 8.30 Pagi Hingga 11.30 Pagi Sekalung penghargaan buat sahabat2 CFU SYAMZ yang sama-sama berjaya dikalungkan manikayu 2 butir - istimewa buat geng PPMD Gombak: 1) Cikgu Zaid -Pen.Pesuruhjaya Daerah Gombak 2) Cikgu Jefri Zain - Pen.Pesuruhjaya Daerah Gombak 3) Ustazah Norimas - SK Taman Desa 2 Terima kasih sudi menonton..sudilah [[ LIKE,KOMEN & SUBSCRIBE ]]

Antara gambar-gambar kenang-kenangan bersama rakan2 yang turut sama menerima kalungan manikayu 2 butir 










 


Perkongsian bagaimana untuk setting angka arab pada microsoft word bagi memudahkan dan menaip angka arab dalam tulisan. 

 #cfusyamz #tutorialmicrosoftword #akademiyoutuber


 

SELAMAT HARI GURU : 16 MEI 2021 #cfusyamz

Saturday, May 15, 2021
Posted by Yu. Syamz
Tag :

 


Kepada semua Sahabat yang bergelar GURU


S - seluruh negara meraikanmu

E - engkaulah insan mulia

L - lelah penat mu tak pernah jemu

A - atas semangat mu yang jitu

M - mencurahkan bakti tanpa henti

A - agar menjadi insan pekerti

T - tanpa mu hidup ini tiada erti


H - hadir mu sungguh bermakna

A - akur pada sebuah hakikat

R - revolusi baru jadi penentu

I - inovasi mu menjadi penjana


G - gagasan yang berilmu

U - untuk bangsa

R - rakyat Malaysia

U - untuk agama....


Untuk semua insan bergelar GURU!

Berguru Demi ILMU

Bina Generasi Baharu

#cfusyamz
#savepalestine
#kitajagakita

layari : https://youtube.com/cfusyamzchannel

ASAS IKATAN

Welcome to My Blog

C-FU SYAMZ CHANNEL

SUBS | LIKE | SHARE

SUBS | LIKE | SHARE

Popular Post

- Copyright © Diari Akela -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -