Showing posts with label skim lencana. Show all posts
UJIAN AMALI PENUNGGANG BASIKAL - PENGAKAP B'SWaT 2024
Assalamualaikum dan salam pengakap!
Pada hari ini, 6 Jun 2024, PKK B'SWaT telah melaksanakan ujian amali penunggang basikal. Ujian ini difokuskan kepada murid-murid tahun 4 yang belum lengkap lencana berbasikal dan juga aliran tahun lain yang masih belum mempunyai lencana ini.
Antara perkara yang dititiberatkan dalam ujian amali ini adalah :
4 kon disusun dengan jarak 4 kaki dari setiap kon.
Murid perlu menunggang basikal melalui setiap kon.
Murid mempraktikkan isyarat tangan yang betul semasa diarahkan membelok.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama yang baik daripada PKK B'SWaT semua. berikut dikongsikan sedikit kenangan ujian amali ini. terima kasih sudi membaca. semoga bermanfaat dan dapat membantu para pemimpin untuk melaksanakan ujian ini di sekolah.
Mereka akan diuji secara teori pula selepas ini, semoga dapat lulus dengan cemerlang..in syaa'Allah!
PERJUMPAAN PEK G60 | 28 JULAI 2021 | ISTIADAT LAUNG AGUNG
Buku Log Lencana Keahlian
1 buah : Lencana Keahlian dan Lencana Basikal/Renang
1 buah : Lencana Keris Gangsa
1 buah : Lencana Keris Perak
1 buah : Lencana Keris Emas
Cadangan ini adalah untuk memudahkan pemeriksaan buku log PKK sekiranya mereka tercalon dalam Anugerah Rambu pada suatu hari nanti. Di samping itu juga, ianya adalah untuk mengelakkan kesulitan sekiranya terdapat sesebuah buku log hilang.
![]() |
| ehsan incik google |
NOTA LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP by Khairul Hisyam on Scribd
![]() |
| sumber : Pengakap Klang |
Gambar di atas adalah merujuk kepada latihan-latihan yang harus diperolehi oleh setiap Pengakap Kanak-Kanak(PKK) sepanjang 3 tahun mereka berada di sekolah. Terkadang juga skim lencana ini tidak dapat dipenuhi oleh setiap pemimpin di sekolah memandangkan kekangan masa dan juga komitmen semua pihak.
Bermula dengan 'zero', saya cuba untuk membiasakan diri PKK SK Taman Selasih(Tempat Bertugas Sekarang) dengan skim-skim latihan ini supaya setiap kali perjumpaan PEK, perjalanan dan perancangan perjumpaan akan berfokus kepada lencana-lencana yang bakal diperolehi oleh PKK. Perkara ini secara tidak langsung akan memberikan motivasi dan pembakar semangat berpengakap dalam diri setiap PKK.
Bagi semua pemimpin di sekolah, ayuhlah kita rencanakan setiap PKK kita dengan baik agar mereka mendapat hak mereka hasil kesedaran dan keprihatinan semua AKELA!
Berikut adalah panduan untuk semua pemimpin bagi merealisasikan skim lencana pengakap kanak-kanak ini :

























.jpg)