Posted by : Yu. Syamz Thursday, July 4, 2019

Assalamualaikum dan salam pengakap!

Sekolah kami dalam rencana melaksanakan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah yang akan melibatkan semua unit beruniform sekolah kami.Pertandingan ini merupakan perkara baharu dan boleh dikatakan sebagai satu cabaran yang perlu semua unit jalani. juga buat anak-anak,ini adalah pengalaman baharu bagi mereka.

Latihan asas kawad kaki untuk unit PKK G24 telah sy jalankan memandangkan tarikh pertandingan yang kurang daripada 2 minggu. Cukup mencabar juga untuk latihan kawad kaki anak2 sekolah rendah ini. Disiplin dan komitmen yang kurang mantap(memang sinonim dengan kanak-kanan) menyebabkan latihan kawad dirasakan cukup mencabar...namun bila lihat kesungguhan dan semangat mereka membakar juga semangat cikgu untuk melatih mereka.


Latihan kawad sengaja dibuat secara bersungguh-sungguh kerana saya tidak hanya meletakkan target untuk pertandingan kawad kaki peringkat sekolah sahaja,bahkan untuk persediaan kawad kaki peringkat daerah pada masa-masa akan datang memandangkan kami G24 tidak pernah menghantar wakil setiap kali adanya pertandingan kawad kaki peringkat daerah. 1 lagi cabaran yang saya letakkan kepada PKK G24 pada masa akan datang.

Seandainya saya dapat bertukar mengajar di negeri sendiri nanti..sekurang-kurangnya saya sudah berikan pengalaman dan sedikit perkongsian tentang kawad kepada PKK G24. Semoga sedikit ilmu yang dicurahkan dapat memandu mereka ke arah yang lebih cemerlang di bawah bimbingan guru PKK nanti.

Semoga PKK G24 terus dapat 'buat sehabis baik' selepas ini walau dalam apa jua aktiviti sekalipun.

#Doakansayadapattukarketerengganu
#onceascoutalwaysascout!



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

ASAS IKATAN

Welcome to My Blog

C-FU SYAMZ CHANNEL

SUBS | LIKE | SHARE

SUBS | LIKE | SHARE

Popular Post

- Copyright © Diari Akela -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -