Archive for March 2018

Buku Log Lencana Keahlian

Thursday, March 22, 2018
Posted by Yu. Syamz
Dalam skim latihan PKK, saya mencadangkan agar setiap PKK mempunyai sekurang-kurangnya 4 buah buku log yang nipis(anggaran 60 mukasurat). Perincian buku log adalah seperti berikut :

1 buah : Lencana Keahlian dan Lencana Basikal/Renang
1 buah : Lencana Keris Gangsa
1 buah : Lencana Keris Perak
1 buah : Lencana Keris Emas

Cadangan ini adalah untuk memudahkan pemeriksaan buku log PKK sekiranya mereka tercalon dalam Anugerah Rambu pada suatu hari nanti. Di samping itu juga, ianya adalah untuk mengelakkan kesulitan sekiranya terdapat sesebuah buku log hilang.

**************************************

ehsan incik google

Buku Log Lencana Keahlian.

Perhatian kepada semua PKK SK Taman Selasih(khususnya) dan semua PKK di luar sana(amnya), anda perlulah melengkapkan nota di bawah ini agar anda lulus untuk ujian lencana keahlian serta dapat meneruskan latihan ke peringkat yang seterusnya.

PERHATIAN! : Semua nota perlu ditulis dengan menggunakan tangan ke dalam buku log anda dan tidak dibenarkan mencetak/menampal kecuali gambar yang tertentu sahaja.

Terima kasih kepada Tuan Khairul Hisyam atas nota tersebut....

NOTA LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP by Khairul Hisyam on Scribd

sumber : Pengakap Klang


Gambar di atas adalah merujuk kepada latihan-latihan yang harus diperolehi oleh setiap Pengakap Kanak-Kanak(PKK) sepanjang 3 tahun mereka berada di sekolah. Terkadang juga skim lencana ini tidak dapat dipenuhi oleh setiap pemimpin di sekolah memandangkan kekangan masa dan juga komitmen semua pihak.

Bermula dengan 'zero', saya cuba untuk membiasakan diri PKK SK Taman Selasih(Tempat Bertugas Sekarang) dengan skim-skim latihan ini supaya setiap kali perjumpaan PEK, perjalanan dan perancangan perjumpaan akan berfokus kepada lencana-lencana yang bakal diperolehi oleh PKK. Perkara ini secara tidak langsung akan memberikan motivasi dan pembakar semangat berpengakap dalam diri setiap PKK.

Bagi semua pemimpin di sekolah, ayuhlah kita rencanakan setiap PKK kita dengan baik agar mereka mendapat hak mereka hasil kesedaran dan keprihatinan semua AKELA!

Berikut adalah panduan untuk semua pemimpin bagi merealisasikan skim lencana pengakap kanak-kanak ini :


Mesyuarat Pemimpin Daerah Gombak siri 2/2018

Wednesday, March 21, 2018
Posted by Yu. Syamz





Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh PPM Daerah Gombak bagi tahun 2018 ini. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.. In syaa'Allah..


Mesyuarat Pemimpin PPM Daerah Gombak Bil 2/2018

1. Pendaftaran 2018
   - due 31 Mac 2018
   - guna tapak baharu yg tlh dihntr. Ia auto pengiraan yuran baharu.
- bg sek yg tlh kehilangan sijil penubuhan Pengakap di sekolah sila maklumkan utk tindakan susulan.

2. Kursus Ketua Patrol & 6 Sekawan
  Tarikh : 13 dan 14 April
  Tempat. : SMK Seri Kundang
  Satu sekhntr 4 orang wakil shj
  Murid berkepimpinan dan sihat

3. Kempori Pengakap Gombak
 Tarikh : 13 - 16 Julai
 Byrn : RM 70 (Mknn, kit, sijil)
 Tempat : Templer Park
 Guru2 perlu berada bersama murid sepanjang masa.

4. PRA Penarafan Pengakap Raja
  Tarikh : 23 - 25 Mac

5. Pertandingan Kawad Kaki
  Tarikh : 28 April
  Tempat : SMK Seri Kundang
  2 gelanggang pertandingan.
 Rendah dan menengah jalan serentak.
  1 platun : 35 orang termasuk simpanan.
  Minima 31 orng tanpa simpanan
  Masa. 15. Minit
  Saiz.    35 X 25
  Statik, dinamik, formasi
  Formasi menengah (4)
  Formasi rendah (2)

6. Lencana Keris
  Dijangka Bulan Jun
 Siapkan dahulu buku log
 Hantar wakil yg benar2 layak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

SALAM PENGAKAP!!!

Salam perkenalan dan salam kasih sayang daripada saya..tujuan blog ini ditubuhkan adalah sebagai medan perkongsian apa sahaja yang dirasakan berkaitan dengan pengakap. Juga untuk dijadikan simpanan peribadi kepada saya sendiri.

Banyak bahan yang boleh dikongsikan dan dikumpulkan yang berkaitan aktiviti kepengakapan, skim latihan dan sebagainya.justeru itu saya terpanggil untuk mewujudkan laman ini sebagai pemudahcara dan pusat penyimpanan bahan-bahan yang dimiliki..semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua...

Sekian sebagai salam perkenalan...jumpa lagi..

ASAS IKATAN

Welcome to My Blog

C-FU SYAMZ CHANNEL

SUBS | LIKE | SHARE

SUBS | LIKE | SHARE

Popular Post

- Copyright © Diari Akela -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -