Showing posts with label gambar. Show all posts
Assalamualaikum dan salam pengakap!
Alhamdulillah, tahniah dan syabas buat semua Pengakap Kanak-Kanak(PKK) Kumpulan 19 SK Bukit Sawa yang telah menyertai Kuiz Ihya' Ramadan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di bawah kelolaan Unit Pembangunan Bakat Murid.
Semoga aktiviti ini dapat membantu meningkatkan markah PAJSK PKK yang menyertainya. Semoga terus bergiat aktif dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan diri anda.
"Buat Habis Baik!"
UJIAN AMALI PENUNGGANG BASIKAL - PENGAKAP B'SWaT 2024
Assalamualaikum dan salam pengakap!
Pada hari ini, 6 Jun 2024, PKK B'SWaT telah melaksanakan ujian amali penunggang basikal. Ujian ini difokuskan kepada murid-murid tahun 4 yang belum lengkap lencana berbasikal dan juga aliran tahun lain yang masih belum mempunyai lencana ini.
Antara perkara yang dititiberatkan dalam ujian amali ini adalah :
4 kon disusun dengan jarak 4 kaki dari setiap kon.
Murid perlu menunggang basikal melalui setiap kon.
Murid mempraktikkan isyarat tangan yang betul semasa diarahkan membelok.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama yang baik daripada PKK B'SWaT semua. berikut dikongsikan sedikit kenangan ujian amali ini. terima kasih sudi membaca. semoga bermanfaat dan dapat membantu para pemimpin untuk melaksanakan ujian ini di sekolah.
Mereka akan diuji secara teori pula selepas ini, semoga dapat lulus dengan cemerlang..in syaa'Allah!
Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak Daerah Gombak: Kecemerlangan 8 Calon dari Sekolah Kebangsaan Taman Selasih
Pada 13 Januari 2024, satu lagi episod kecemerlangan telah direkodkan di dalam dunia pengakap kanak-kanak Daerah Gombak. Majlis penganugerahan prestij Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak telah diadakan dengan penuh kehangatan di Templer Park Internasional School Rawang.
Antara sekolah yang mengukir nama dalam sejarah pengakap kanak-kanak adalah Sekolah Kebangsaan Taman Selasih. Seramai 8 orang calon daripada sekolah tersebut telah menampilkan kebolehan dan semangat kepemimpinan yang luar biasa. Prestasi mereka bukan sekadar mencerminkan kecekalan fizikal, tetapi juga nilai-nilai murni pengakap yang dijunjung tinggi.
Satu lagi aspek yang menjadi kebanggaan adalah peranan Templer Park Internasional School Rawang sebagai tuan rumah majlis penganugerahan. Lokasi yang indah ini telah menyediakan latar belakang yang sesuai untuk meraikan kejayaan anak-anak muda yang bersemangat dalam dunia pengakap.
Tahniah kepada kesemua 8 calon dari Sekolah Kebangsaan Taman Selasih yang telah menunjukkan dedikasi dan usaha yang luar biasa. Kejayaan mereka tidak hanya menjadi pencapaian peribadi, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan Sekolah Kebangsaan Taman Selasih sebagai pusat pembangunan potensi pelajar.
Sambutan penuh sorak dan tepukan gemuruh sememangnya menjadi wajar untuk semua calon. Semangat persaudaraan dan semangat kepengakapan yang dibawa oleh mereka adalah sesuatu yang tidak dapat dipandang rendah.
Saya, sebagai pemerhati dari jauh, ingin menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon terutamanya kepada Akela, barisan penolong pemimpin dan semua yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi mercu tanda ke arah pemimpin muda yang berkualiti dan berdaya saing. Teruskan berusaha, teruskan mengukir sejarah, dan teruskan menjadi inspirasi untuk generasi akan datang.
Video kenang-kenangan sempena majlis istiadat pengalungan manikayu 2 butir.
Tarikh : 5 September 2020 Tempat : Kem Mutiara Village dan Eco Resort, Semenyih Masa : 8.30 Pagi Hingga 11.30 Pagi Sekalung penghargaan buat sahabat2 CFU SYAMZ yang sama-sama berjaya dikalungkan manikayu 2 butir - istimewa buat geng PPMD Gombak: 1) Cikgu Zaid -Pen.Pesuruhjaya Daerah Gombak 2) Cikgu Jefri Zain - Pen.Pesuruhjaya Daerah Gombak 3) Ustazah Norimas - SK Taman Desa 2 Terima kasih sudi menonton..sudilah [[ LIKE,KOMEN & SUBSCRIBE ]]Perkhemahan 3 hari 2 malam ini yang diadakan pada 18-20 Oktober 2019 bertempat di Kem Mutiara Training Village & Eco Resort, Semenyih. Banyak ilmu yang diperolehi oleh anak-anak scout antaranya berkaitan kod morse, phonetic alphabet,animal trap,leave no trace, Arduino,HF Radio dan sebagainya.
![]() |
| siap sedia untuk menjalani aktiviti station Jota Joti |
Ilmu-ilmu yang didapati dalam kem ini sememangnya tiada di dalam pembelajaran bilik darjah. ilmu ini bukan sebarangan ilmu kerana ianya sangat bermanfaat ketika mana perhubungan dunia terbatas dek peperangan,bencana dan sebagainya..
Justeru itu,alat2 komunikasi inilah yang akan digunakan sebagai alat perhubungan. walaupun jika dikira, tempoh pembelajaran yang singkat belum menjamin mereka menguasai ilmu2 ini,pun begitu ini adalah sebagai langkah permulaan bagi mereka. minda mereka akan terbuka dan menambahkan minat yang mendalam dalam diri mereka.
![]() |
| HF Radio |
Alhamdulillah, perkhemahan kali ini berjalan lancar, cuma sedikit ujian faktor cuaca yang sedikit mencabar untuk anak-anak G24. cuaca hujan menyebabkan khemah dan kawasan sekitar sedikit becak..namun semua itu Berjaya diatasi dengan baik oleh anak-anak scout G24. Tahniah dan Syabas saya ucapkan.
sedikit perkongsian gambar-gambar sekitar aktiviti JOTA JOTI Selangor 2019 :
![]() |
| sesi riadah pagi hari kedua |
![]() |
| Makanan best2... |
![]() |
| operasi mencari MH370...yakkk... |
![]() |
| belajar kod morse |
![]() |
| Aktiviti Scout Link Bersama negara luar |
![]() |
| JOTI Bersama scout dari Negara Jepun |
![]() |
| Animal Trap |
![]() |
| MicroBit-belajar programing |
![]() |
| Sesi kerohanian |
![]() |
| si si nopal sedang sarapan-hari ketiga |
![]() |
| Bersama orang-orang besar PPM negeri Selangor |
![]() |
| Alhamdulillah..dah dapat sijil...jom balikkkk |






















































