Archive for 2020


lewat skit upload bideo...hihi...hari ni bab baharu ye...:usroti...jom 1 hari 1 kalimah...layanzzz
















Video Cfu Syamz Mendapat Perhatian AYU Manager!

Monday, November 2, 2020
Posted by Yu. Syamz

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 1 Nov 2020, Akademi Youtuber Guru Malaysia(AYU) telah mendapat liputan Berita Harian..Alhamdulillah, hasil usaha guru-guru Malaysia yang menyertai AYU dalam menghasilkan video-video PdPc untuk murid-murid mendapat perhatian media tempatan, berita ini digarapkan oleh ahli-ahli AYU untuk menyampaikan penghargaan kepada AYU.


Cfu Syamz tidak ketinggalan untuk menyertai ucapan tersebut dan dalam kekalutan mengejar masa sebelum playlist berikut ditutup :

Tuisyen Percuma Ayu dapat perhatian AKHBAR TEMPATAN


pada 2 november,Yu Suffi,selaku ketua pengurus AYU telah membuat percubaan live menerusi rangkaian telefon dan membuat review berkaitan video2 penghargaan yang telah dihasilkan oleh guru2 AYU..

Cfu Syamz merasa cukup bertuah kerana video saya antara yang mendapat perhatian Yu.Suffi...alhamdulillah..(tgok sini)

semoga ianya menjadi pembakar semangat buat diri cfu syamz dalam menyediakan video2 yang lebih menarik pada masa akan datang...

haa..kalau korang nak tgok video tu..sila klik link ini..(AYU BUAT HAL LAGI!!!SAMPAI MASUK PAPER???)

terima kasih sudi membaca..yang belum folo dan subs cfu syamz channel..jemput2 singgah dan klik butang subscribe...free jee..TQ2..atau..scan je kod kat bawah ni..



C-FU SYAMZ CHANNEL

Thursday, July 9, 2020
Posted by Yu. Syamz
Assalamualaikum dan salam pengakap!




Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah Taala atas kurniaan dan nikmat yang tidak terhingga. Kita semua berada dalam musim wabak covid-19 yang telah menjangkiti ramai rakyat Malaysia,namun KITA semua telah bersama-sama memutuskan rangkaian covid-19 ini dan sekarang kita dalam fasa PKPP(Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang mana kita hampir menang dalam memerangi wabak ini. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada semua frontliner,abam doktor,akak nurse, abam polis,abam askar,dan lain-lain frontliner yang terlibat secara langsung atau tidak dalam bersama-sama membanteras wabak penyakit ini. #KITAJAGAKITA

Alhamdulillah,hikmah PKP ini, akela telah mengikuti beberapa siri pembelajaran digital learning yang dianjurkan oleh eDIDIK Malaysia. Banyak ilmu yang telah diterima daripada team eDIDIK ini..antara yang terkini akela ikuti adalah akademi Youtuber Guru yang merupakan didikan secara langsung kepada semua guru di Malaysia agar dapat menggunakan medium Youtube sebagai medium penyebaran ilmu dan maklumat.

Akela juga tidak terlepas menyertai akedemi ini dan telah berjaya membangunkan channel sendiri yang diberi nama C-FU SYAMZ CHANNEL . Antara tugasan yang paling susah adalah membuat kempen dan mencari subscriber seramai 200 orang...Fuh,boleh tahanlah..

Jadi akela di sini ingin mengajak pembaca semua untuk sama-sama tonton video Trailer C-FU SYAMZ CHANNEL dan selepas habis tontonan harap kalian dapat bantu akela untuk LIKE, SUBSCRIBE & SHARE channel ini kerana antara content yang akela akan masukkan ialah berkaitan ilmu-ilmu kepengakapan.. terima kasih ya!

Layanzzz....---->

Perjumpaan Pek kali ke-2 2020

Thursday, February 13, 2020
Posted by Yu. Syamz
Assalamualaikum dan Salam Pengakap!  

Setelah hampir sebulan perjumpaan pek tidak dapat dilakukan kerana kekangan waktu,penangguhan perjumpaan oleh pihak sekolah dan sebagainya, semalam 12hb feb telah berjaya diadakan perjumpaan pek.

Untuk perjumpaan kali ini, saya membahagikan kumpulan sekawan untuk PKK bermula dengan sekawan biru,merah,hijau,kuning,ungu dan perang. terdapat 6 sekawan yang setiap sekawan mempunyai purata 26-27 orang ahli.

Kami melantik PKK yang sudah mempunyai lencana tertinggi iaitu lencana keris perak untuk menjadi Ketua sekawan dan dibantu oleh PKK perempuan sebagai penolong ketua sekawan.

saya berharap pendedahan sebegini dapat mematangkan dan memberi pengalaman yang baik untuk PKK G24 dalam siri pentarbiyahan menjadi seorang pemimpin yang baik,amanah dan bertanggungjawab. Dalam masa yang sama terus meningkatkan kemahiran dan kemampuan diri dari aspek ilmu,syakhsiah dan rohani.

Perjumpaan Pek yang hanya diberikan ruang selama 1 jam untuk setiap perjumpaan sangat singkat dan tidak mencukupi untuk anak-anak PKK mendapatkan ilmu kepengakapan, in syaa'Allah kami guru-guru PKK dalam perancangan untuk mengadakan kursus/perjumpaan intensif bagi memastikan anak-anak PKK selari dengan Skim latihan dan mampu menyaingi PKK-PKK dari sekolah lain.

"buat habis baik"

Akela G24
13 Februari 2020


Gambar sekitar perjumpaan pek 12/2/2020









penerangan kelebihan dan peranan seorang ketua sekawan


ASAS IKATAN

Welcome to My Blog

C-FU SYAMZ CHANNEL

SUBS | LIKE | SHARE

SUBS | LIKE | SHARE

Popular Post

- Copyright © Diari Akela -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -