Archive for February 2020

Perjumpaan Pek kali ke-2 2020

Thursday, February 13, 2020
Posted by Yu. Syamz
Assalamualaikum dan Salam Pengakap!  

Setelah hampir sebulan perjumpaan pek tidak dapat dilakukan kerana kekangan waktu,penangguhan perjumpaan oleh pihak sekolah dan sebagainya, semalam 12hb feb telah berjaya diadakan perjumpaan pek.

Untuk perjumpaan kali ini, saya membahagikan kumpulan sekawan untuk PKK bermula dengan sekawan biru,merah,hijau,kuning,ungu dan perang. terdapat 6 sekawan yang setiap sekawan mempunyai purata 26-27 orang ahli.

Kami melantik PKK yang sudah mempunyai lencana tertinggi iaitu lencana keris perak untuk menjadi Ketua sekawan dan dibantu oleh PKK perempuan sebagai penolong ketua sekawan.

saya berharap pendedahan sebegini dapat mematangkan dan memberi pengalaman yang baik untuk PKK G24 dalam siri pentarbiyahan menjadi seorang pemimpin yang baik,amanah dan bertanggungjawab. Dalam masa yang sama terus meningkatkan kemahiran dan kemampuan diri dari aspek ilmu,syakhsiah dan rohani.

Perjumpaan Pek yang hanya diberikan ruang selama 1 jam untuk setiap perjumpaan sangat singkat dan tidak mencukupi untuk anak-anak PKK mendapatkan ilmu kepengakapan, in syaa'Allah kami guru-guru PKK dalam perancangan untuk mengadakan kursus/perjumpaan intensif bagi memastikan anak-anak PKK selari dengan Skim latihan dan mampu menyaingi PKK-PKK dari sekolah lain.

"buat habis baik"

Akela G24
13 Februari 2020


Gambar sekitar perjumpaan pek 12/2/2020









penerangan kelebihan dan peranan seorang ketua sekawan


ASAS IKATAN

Welcome to My Blog

C-FU SYAMZ CHANNEL

SUBS | LIKE | SHARE

SUBS | LIKE | SHARE

Popular Post

- Copyright © Diari Akela -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -