Posted by : Yu. Syamz
Thursday, July 18, 2019
Assalamualaikum dan salam pengakap!
Alhamdulillah telah berlangsung dengan baik pertandingan kawad kaki peringkat sekolah kami pada 17 Julai baru-baru ini. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kejayaan buat kami pasukan pengakap G24.
Pertandingan yang bermula seawal jam 8.15 pagi dimulai dengan pasukan TKRS,diikuti Pengakap, PPIM,Tunas Puteri dan akhir sekali pasukan BSMM.
Sememangnya adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah,yang kalah bukan bermakna mereka tidak bagus, cumanya kurang latihan dan kerjasama dalam platun.
Hasil usaha dan latihan yang dibuat anak-anak akhirnya membuahkan hasil yang cukup manis buat mereka. Terpampar riak keseronokan dan ceria daripada wajah2 suci anak2 ini, saya merasa cukup bahagia dengan keseronokan mereka. Di samping menerapkan nilai2 usaha yang bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu perkara,tidak kiralah perkara itu besar atau kecil.
![]() |
kiri kanan kiri.....hihi |
Saya mengharapkan mereka menerapkan impak kerajinan sewaktu latihan kawad dalam proses pembelajaran mereka agar dapat menggapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik. bukan hanya fokus terhadap bidang kokurikulum sahaja.
jom layan detik2 yang sempat terakam oleh lensa kamera...
![]() |
kanan...lurus.... |
![]() |
eh..eh....termasuk plak...kui3 |
![]() |
ketua platun terbaik |
terus kumpul dan bukak hamper.... |
jamu hamper dulu...nyum3 |
Anugerah ketua platun terbaik buat adik amirul faiz |
bergambar kenang-kenangan.... |
berikut sedikit perkongsian video kawad kaki oleh anak2 scout G24... bolehlah dengan latihan hanya 2 minggu..huhu