Showing posts with label skim lencana. Show all posts

 Assalamualaikum dan salam pengakap!

Pada hari ini, 6 Jun 2024, PKK B'SWaT telah melaksanakan ujian amali penunggang basikal. Ujian ini difokuskan kepada murid-murid tahun 4 yang belum lengkap lencana berbasikal dan juga aliran tahun lain yang masih belum mempunyai lencana ini.



Antara perkara yang dititiberatkan dalam ujian amali ini adalah :

 4 kon disusun dengan jarak 4 kaki dari setiap kon.

 Murid perlu menunggang basikal melalui setiap kon.

 Murid mempraktikkan isyarat tangan yang betul semasa diarahkan membelok.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama yang baik daripada PKK B'SWaT semua. berikut dikongsikan sedikit kenangan ujian amali ini. terima kasih sudi membaca. semoga bermanfaat dan dapat membantu para pemimpin untuk melaksanakan ujian ini di sekolah.


Mereka akan diuji secara teori pula selepas ini, semoga dapat lulus dengan cemerlang..in syaa'Allah!























Alhamdulillah..perjumpaan pek kali ini berjalan lancar dan mendapat komitmen padu daripada ahli PKK G60 SK Taman Selasih. Perjumpaan kali ini memfokuskan Istiadat Laung Agung, iaitu yang berkaitan pengenalan,tujuan dan cara pelaksanaannya. Walaupun penerangan secara atas talian dan berbentuk gambar rajah,di harapkan semua PKK dapat memahami dan faham cara pelaksanaan Istiadat Laung Agung ini.
terima kasih atas kerjasama semua. "Buat Habis Baik" Akela G60

Buku Log Lencana Keahlian

Thursday, March 22, 2018
Posted by Yu. Syamz
Dalam skim latihan PKK, saya mencadangkan agar setiap PKK mempunyai sekurang-kurangnya 4 buah buku log yang nipis(anggaran 60 mukasurat). Perincian buku log adalah seperti berikut :

1 buah : Lencana Keahlian dan Lencana Basikal/Renang
1 buah : Lencana Keris Gangsa
1 buah : Lencana Keris Perak
1 buah : Lencana Keris Emas

Cadangan ini adalah untuk memudahkan pemeriksaan buku log PKK sekiranya mereka tercalon dalam Anugerah Rambu pada suatu hari nanti. Di samping itu juga, ianya adalah untuk mengelakkan kesulitan sekiranya terdapat sesebuah buku log hilang.

**************************************

ehsan incik google

Buku Log Lencana Keahlian.

Perhatian kepada semua PKK SK Taman Selasih(khususnya) dan semua PKK di luar sana(amnya), anda perlulah melengkapkan nota di bawah ini agar anda lulus untuk ujian lencana keahlian serta dapat meneruskan latihan ke peringkat yang seterusnya.

PERHATIAN! : Semua nota perlu ditulis dengan menggunakan tangan ke dalam buku log anda dan tidak dibenarkan mencetak/menampal kecuali gambar yang tertentu sahaja.

Terima kasih kepada Tuan Khairul Hisyam atas nota tersebut....

NOTA LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP by Khairul Hisyam on Scribd

ASAS IKATAN

Welcome to My Blog

C-FU SYAMZ CHANNEL

SUBS | LIKE | SHARE

SUBS | LIKE | SHARE

Popular Post

- Copyright © Diari Akela -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -