Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Majlis Khatam Al-Quran Pasukan Badan Beruniform Daerah Marang
Alhamdulillah, satu lagi program penuh bermakna berjaya dilaksanakan – Majlis Khatam Al-Quran Pasukan Badan Beruniform Daerah Marang, anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Marang. Dapat pula tugasan membaca doa pembukaan majlis, satu penghormatan yang cukup istimewa.
Program Yang Cemerlang, Tapi...
Tidak dapat dinafikan, majlis ini merupakan satu penganjuran yang sangat baik. Ia bukan sahaja mengangkat semangat kecintaan terhadap Al-Quran, tetapi juga mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan peserta. Melihat anak-anak PKK Kumpulan 19 bersemangat dalam majlis ini memang menyuntik rasa bangga. Tahniah kepada semua!
Namun, seperti biasa, mana-mana program pasti ada ruang untuk penambahbaikan. Beberapa aspek teknikal mungkin boleh diperhalusi agar majlis akan datang berjalan lebih lancar dan sempurna. Pengalaman dalam AYU (Akademi Youtuber) sememangnya banyak membantu, terutama dalam menguruskan bahagian teknikal bagi program ‘hybrid’ seperti ini. Teknologi boleh jadi penyelamat, tapi kalau tak dikendalikan dengan baik, boleh jadi ‘bencana’ juga! 😅
Tenang is Good, Jangan Gelabah!
Satu perkara yang penting bila mengendalikan sesuatu program: jangan gelabah! Apa pun yang berlaku, sentiasa tenang dan berfikir dengan rasional. Bila ada masalah teknikal, tarik nafas, fikir solusi, dan teruskan dengan penuh yakin.
Akhir kata, syabas kepada semua yang terlibat. Semoga penganjuran seperti ini dapat diteruskan dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Yang penting, semangat dan niat tetap terjaga. Terus maju jaya buat semua anak-anak PKK Kumpulan 19 dan rakan-rakan pengakap di daerah Marang! 🎉👏
Jom layan gambar-gambar sekitar majlis...layanzzz
Bersua kita pada tahun 2019 dan sesi persekolahan yang baharu. semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas.
Buat tahun ini, satu pembaharuan yang baharu di sekolah saya adalah adanya keahlian di kalangan murid perempuan. selama 4 tahun saya berkhidmat di SK Taman Selasih ini, usaha saya untuk merekrut ahli PKK dari kalangan murid perempuan didengari oleh pihak yang berkenaan.Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka.
![]() |
kegembiraan yang terpancar... |
Perkara ini menunjukkan perubahan yang positif dan diharapkan murid2 perempuan tidak mensia-siakan peluang ini untuk menimba ilmu kepengakapan dan sukses dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum.
salam sayang,
"buat habis baik"